Saturday, October 29, 2011

FINAL PIALA MALAYSIA 2011 : NEGERI SEMBILAN JUARA!!

Assalamualaikum ...




Aku layan Final Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan vs Terengganu. Perlawanan yang buat jantung aku berdebar memanjang. Memang perlawanan yang best! Walaupun aku hanya layan dekat tv pun, memang rasa berbaloi menonton. TAPI aku tetap rasa rugi tak pergi Stadium Shah Alam! Sebab aku tak suka keadaan yang terlalu sesak macam tu. So, bila MB offer pergi tengok final, memang aku tolak pelawaan baik-baik. Dah 2 tahun dia ajak aku. Tetap aku tak berminat. Kalau setakat suku akhir atau separuh akhir, aku boleh lagi follow. 



Terengganu memang hebat. Tapi Negeri Sembilan lagi hebat. Sah-sah aku sokong Negeri Sembilan. Kalah ke memang ke aku memang sokong Negeri Sembilan. Aku kan peminat setia S.Kunalan. Dia sumbat gol pertama N9 malam nie. 



Malas nak cerita lagi, cakap pun tak guna! NEGERI SEMBILAN MONANG PIALA MALAYSIA 2011!! Terengganu ... siaplah, berenang balik Terengganu ye! ngeh ngeh ....penyu menangis sudah! Tahun dopan cuba laie ye.







NEGERI SEMBILAN 2 - 1 TERENGGANU




Menang juga Negeri Sembilan Piala Malaysia Tahun 2011, dah tiga tahun berturut-turut masuk final. Tahun nie Piala Malaysia dalam genggaman. Tahniah!!





CK : Tak rugilah MB pi stadium!!

3 comments:

  1. kite tak tengok pulak bola mlm ni...jam 8.30 tadi baru tau ada piala mesia (punyelah tak reti nak layan bola)

    ReplyDelete
  2. Asyikin > N9 hebat malam nie. Gol Hai-0 sangat2 cantik...


    Nuwa > rugi tak tengok, game best

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!