Tuesday, October 11, 2011

Cepatnyeeeee ....

Assalamualaikum ...


Hari ini dah Selasa ... penghujung Selasa. Dah masuk bulan Oktober 2011. Sekejap sahaja kita dah ke hujung tahun. Memang cepat betul masa berlalu. Sangat cepat dan pantas serta tuntas. Tahun depan dah 2012! Dah meningkat umur setahun lagi. Rasanya itulah kebanyakan orang risau. Erghh ... dah tua!


Umur hanyalah angka. Tak perlu nak dikecohkan sangat pun. Selagi belum sampai menemui Maha Pencipta, maka tua itu akan menjadi milik semua. Bak kata Fauziah Latiff ... "tua mengejar ... pasti tiba masanya!". Ada ke yang dapat lari? Tak adakan ... suntik botox ke ... vitamin C ke ... suntiklah berbakul-bakul sekalipun, yang pasti tua akan jadi milik semua jika umur kita dilanjutkan olehNYA!


Cepatkan masa berlalu. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang perlu kita lakukan ....


Ingatkah semua
Hari tua pasti menjelma
Detik waktu yang laju
Pantasnya tak akan menunggu

Begitu usia
Makin hari makin meninggi
Siang malam berganti
Yang pergi tak berulang sekali lagi

Begitu cepat putaran masa
Terkadang tanpa pun kita sedar
Siapa yang lebih bersedia
Dialah yang selesa

Tua mengejar
Pasti tiba masanya
Kau merasa
Hidup tak segagah
 
Waktu remaja
Di mana tenaga
Menyala-nyala
Di hari tua 

Makin terpadam semua

Tua mengejar di mana kau berada
Tak berbeza semua kan merasa
Itu hakikat tak bisa hindari
Walau seinci bersihkan diri
Sebelum terlewat nanti

Hey kawan semua
Aku cuma memberi pesan
Andai cukup bekalan
Tak mungkin kita kehausan
Usahlah menunggu 
Uban memutih di rambutmu 
Cepat-cepat berilmu 
Semoga tak menuju di jalan buntu





Oklah aku nak pergi berfikir apa yang aku perlu buat sekejap lagi dan esok! Selepas tu sambung fikir untuk hari-hari seterusnya jika dipanjangkan umur ....



CK : Hari dah petang ... dan office dah pun sunyi! Hari ini kena balik lambat .... lagi!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!