Sekejap saja, hari ini dah pun Isnin. Cuti 2 hari rasa tak puas. Malas pulak nak merepek dan merapu pagi nie. Aku cuma nak up entry masak-masak pulak. Mai kita belajar masak. Aku memang nak suggest kat korang buat kuih yang amat senang, sedap dan lembut dimakan!
Terima kasih dekat K.An dari Periuk Tanah yang sudi share resepi yang sangatlah senang nak dibuat. Kebetulan hari Sabtu aku pergi rumah abang aku, so aku minta daun pandan yang dia tanam tu. Kiranya freshlah sikit dari yang dibeli.
Petang semalam aku merajinkan diri buat kuih bakar bijan. Mak ayah aku adalah perasminya. 1st trial. Alhamdulillah menjadi!
Dah siap dibakar! Tunggu masa nak dipotong dan dingap jugak! |
Resepi : Kuih Bakar Bijan
Sumber : K.An Periuk Tanah
Bahan-bahan:(menghasilkan 1 loyang bersaiz 8X8 inci)
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan pekat (1 cawan pati santan + 1 cawan air)
3 cawan jus pandan (kisar 10 helai daun pandan dengan 3 cawan air- tapis)
1 cawan gula pasir- K.An buangkan 2 sudu besar untuk kurangkan manis
3 biji telur A
2 sudu besar margerin- kalau nak senang sebati, cairkan dulu- **boleh kurangkan sikit
1 sudu teh garam
beberapa titik pewarna hijau
2 sudu besar bijan
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven ke suhu 180 darjah Celsius. Gunakan api atas dan bawah.
2. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan margerin. Tabur bijan dan bakar selama 1 jam atau kuih masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
2. Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam loyang yang telah dilengser dengan margerin. Tabur bijan dan bakar selama 1 jam atau kuih masak. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.
**K.An letakkan loyang di rak bawah oven agar kuih masak elok atas dan bawah. K.An juga gunakan 2 sudu besar penuh margerin. Bila kuih masak minyak naik ke permukaan kuih, terpaksalah K.An lap dengan kertas tisu. Jadi, bila buat nanti, kurangkan margerin tu ye sebab santan dah berminyak. Tapi kuih ni memang menjadi elok dan sedap.
Aku memang tiru sebijik resepi dari K.An. Jadi aku malas nak taip dah. Aku cuma copy paste dan backlink. Memang sedap! Tak percaya, sila cuba buat sendiri. Kalau korang betul-betul ikut sukatan K.An nie, Insya-Allah menjadi dengan jayanya.
Mak aku pelik tiba-tiba anak dia pandai buat kuih macam nie. Selalu buat karipap dengan cucur udang je! he he he. Aku sekarang nak cuba masak semua jenis kuih yang aku suka makan. Selera untuk perut sendiri nie!
CK : Budak baru belajar!
ya kuih nie mmmg sedap ouh!
ReplyDeletedah lama tak makan..huuu~~
lepas ni mmg kena try buat nie.
hehe
=)