Sunday, October 16, 2011

Terima Kasihlah ... ha ha ha

Assalamualaikum ...


Morning friends! Happy weekend ...


Pagi-pagi Ahad nie aku nak ucap Terima Kasihlah pada yang unfollow aku. ha ha ha. Baru aje aku up kan entry pasal followers aku 2-3 hari lepas. Tau-tau malam tadi aku perasan dah kurang sorang. Jadi 884. Kelakar nau aku rasa. Yelah, aku takda masa nak unfollow blog orangkan, then bila orang unfollow blog aku ... "haish ... cam kanak-kanaklah kamu ni, kejap ikut kejap tak!". Terima kasihlah unfollow belog saya!



Pagi nie aku mengantuk sangat. Nak cakap kurang tidur rasanya dah terlebih tidur sangat dah. Petang semalam pun aku tidur kat rumah abang. Ini boleh lagi rasa mengantuk. Tadi pagi aku dah bangun awal. Lagipun malam tadi aku mimpi! Aku nie dahlah jenis susah dapat mimpi. Sangat susah. Dan aku pula jenis tak suka mimpi-mimpi nie. Sebab bagi aku mimpi hanya akan ganggu perjalanan tidur aku yang nyenyak.



Yang bestnya, malam tadi aku mimpi si dia masuk meminang aku. ha ha ha. Serius kelakar. Hati orang pernah terluka lebih selesa berdiam. Tapi ada sedikit kekecohan berlaku semasa proses peminangan dalam mimpi tu. After that semuanya smooth balik. Good. Good! Erk ...apsal bukan betul-betul ye! ha ha ha. Sebab mimpi tu aku terjaga dari tidur then, aku sambung balik tidur. Ingat nak mimpi benda yang sama episod seterusnya pulak.  Bila ingat mimpi malam tadi, aku ingat 6 tahun lepas aku pernah mimpi pasal dia. Ini kali kedua aku mimpi pasal dia. Terima kasihlah bagi mimpi indah nie. Aku sedang mendoakan sesuatu yang lebih baik buat kehidupan dia. Tidak mahu percaya pada mimpi lagi ...



Lepas sambung tidor, aku mimpi kawan baik aku yang dah lebih 10 tahun tak jumpa. Ini lagilah aku terkejut. Aku pernah up kan entry pasal dia yang seolah dah lupakan aku. Semalam pun mak ayah aku ada tanya pasal dia. Aku cakap tak tahu. Parent aku surenye terasa hati sebab kawan baik aku tu pernah tinggal dengan family aku selama lebih sebulan. Makan minum semua family aku tanggung. Ayah aku cakap, "semua orang yang kita baik, bagi bantuan ... semua dah lupa kita! Kita bukan harap balasan, bertanya khabar cukuplah". So, aku diam ajelah. Nak cakap apa lagi dah itu kenyataannya. Cuma aku selesa berdiam dengan kawan baik aku nie, setelah aku berusaha mencari dia. Tapi dia?? Terima kasihlah ye!



Mimpi kedua aku tergantung bila dia call. Katanya dah lambat pergi konvensyen sebab malam tadi tidur lewat kerana berborak dengan mak. Aku pun satu hal, selalunya aku akan call dia pagi-pagi kalau dia ada meeting atau mana-mana kerja luar. Hah! mula dah step menderhaka nie .... aiyak! Padanlah tadi dia call dengan suara yang agak tegas, "tidur lagi!!!!". Terus aku bangun!



Oklah aku nak siap-siap pergi kerja. Lepas tu petang nak pergi jemput mak ayah aku kat Kajang sana. Entah jam berapalah aku dapat siapkan kerja, kalau time nie masih di rumah lagi. Kerja-kerja! 




CK : Celik mata perut lapar aje!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!