Tuesday, October 25, 2011

Resepi : Roti Lapis Daging Berkeju

Assalamualaikum ...



Resepi roti lapis daging berkeju nie aku cedok dari Kak Nor Secubit Garam. Terima kasih kak share resepi tu. Sedap! Dah lama sangat nak try. Resepi siap print dan simpan sekian lama. Mungkin belum sampai masa nak mencuba. Bila mak ayah aku datang ke Putrajaya seminggu lepas, baru aku gigih cuba. Untuk buat breakfast dan bekal aku pergi kerja. Hari-hari makan nasi goreng pun tak best juga.


Cara buat roti lapis daging berkeju ini amatlah senang. Janji rajinkan diri sikit. Itu aje yang perlu pun. Aku punya style, kalau cukup bahan ... jalan! Tak pun bahan-bahan hampir cukup pun boleh jadi. Setakat kurang sedikit tak mencacat sangat kot! Kak Nor buat resepi nie 3 lapis aku rasa, dan lapisan atas adalah roti, tapi aku buat 2 lapis je sebab nak cepat pergi kerja. Lambat membakar kang tak dapat bawa bekal. Jom jenguk resepi, cerita panjang tak guna kalau takda bukti. 



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Sumber : Kak Nor @ Secubit Garam
Resepi : Cik Kamoo 

Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) (*aku guna daging burger Ramly)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam (*yang ini aku tak letak sebab tak ada)
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus (*ini pun tak letak juga)
Mix vege (*aku tambah sendiri)
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak

 
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut

Cara:

Utk membuat inti

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam. Goreng hingga wangi dan masukkan air. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul. Masukkan daun limau purut dan cili merah. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Goreng hingga kering dan padamkan api. Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.

Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:

Ini yang aku buat, tapi aku sarankan korang ke blog Kak Nor untuk lihat yang lebih detail

Dah hampir siap. Tunggu masa untuk dibakar



Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.

Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati. Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun di dlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.

Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan. Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi. Susun slice cheese ke atasnya. Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.

 
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Potong dan hidangkan dgn sos cili.

Dah siap dibakar. Siap sedia untuk dimakan.


Resepi ini sesuai untuk minum petang sebenarnya. Barulah ummmph. Letak keju lebih, memang sedap! Masa tengah bakar, bau dia semerbak. Kalau korang rajin silalah cuba ya. Anak-anak mesti suka. 





CK : Projek buat pizza pulak lepas nie. Tunggu mood

4 comments:

  1. hamzah > nampak je mcm ... tp bukan! blogger hebat dtg, buat teruja aje....ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. Sodap kalau dibaham panas-panas.
    Kalau yang vegetarian, boleh tak skip daging tu?

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!