Assalamualaikum ....
Selamat pagi. Semoga indah pagi dan hari ini untuk semua. Di pagi yang indah ini, aku harap korang fikirkan perkara yang baik-baik untuk diri sendiri, perkara yang baik tentang kerja dan perkara yang baik untuk orang lain juga!
Tapi, fikirkan yang baik-baik untuk diri sendiri terlebih dahulu agar aura kebaikan itu dapat memberi kesan kepada mereka yang berada di sekeliling kita. Semai dalam diri, akal dan hati kita perkataan-perkataan yang buat diri kita rasa teruja dengan kehidupan agar ia lebih cemerlang!
Fikirkan kita adalah seorang yang bijak, rajin, bersemangat, kuat, tabah dan pelbagai kata-kata yang baik lagi mulia. Setiap kata-kata baik kita akan menghidupkan minda di bawah sedar, dan akan menggerakkan diri kita ke arah kebaikan! Jadi ... baru bersemangat nak lakukan apa sahaja dan akan rasa lebih bertenaga.
Macam aku, kadang-kadang, bila aku bangun pagi, rasa tak best sangat! Busan dan sebagainya unsur-unsur buruk. Jadi aku selalu cakap dengan sendiri, "rajinlah please! bangun cepat ...". Sebelum pergi kerja aku selalu bercakap depan cermin dan selalu juga senyum depan cermin. Buat kat rumah sorang-sorang ye, kalau korang buat dekat tandas awam atau mana-mana cermin yang korang jumpa ditempat awam ... tolong jangan buat! Nanti dikatakan kurang waras pulak.
Aku sentiasa percaya bahawa, "kita adalah apa yang kita fikirkan!". Kadang-kadang aku down juga, hilang semangat dan sebagainya. Dengan cara ini aku dapat kembalikan semula semangat yang ada. Jika dibiarkan kata-kata buruk dan emosi yang tak betul menguasai diri, selamanya kita akan rasa tidak bermaya dan menyalahkan orang lain dalam kehidupan.
Kita perlu percaya bahawa hanya diri sendiri dapat mengubah diri sendiri dan selebihnya adalah ketentuan Allah. Jika kita fikir kita kurang bijak, sebenarnya kita perlu usaha untuk menggilapkan kemahiran dalam diri kita. Mungkin kita tidak bijak dalam pelajaran, tetapi mungkin kita berkebolehan dalam kemahiran teori lain.
Jangan bercakap pada diri yang kita ini malas. Allah tidak melahirkan manusia untuk menjadi malas. Tiada manusia yang malas sejak azali. Macam aku, masa kecil memang aku agak malas. Malas siapkan kerja rumah, malas belajar, malas juga nak tolong mak ayah aku tapi aku rajin sangat tengok tv. Kadang-kadang mak aku berleter berkoyan-koyan baru aku bangun tolong. Kalau tak diketuk, memang tak jalanlah. Semua itu dulu, masa akal agak kurang. Bila aku sudah dewasa, belajar dan hidup sendiri aku selalu fikir ... "sampai bila perlu malas??". Sedangkan kemalasan itu akan rugikan diri sendiri!
Nak kata aku rajin sekarang pun tidak jugak, tapi sekurang-kurangnya aku berusaha mengubah diri aku. Menangkis kata-kata mak aku dulu. Aku bangga dengan diri aku sekarang. Bila aku berjauhan dari mak ayah, aku sedar ... tiada siapa akan bantu aku kecuali diri sendiri serta izin Allah. Mak ayah hanya mampu memberikan doa. Bila anak-anak dah besar, mak ayah dah malas nak berleter macam kita ini tiada akal untuk berfikir! Kalau rasa nak berubah, berubahlah sekarang ... jangan tunggu keadaan telah terlambat!
Jangan bila orang lain rajin, kita pula perlu perli-perli orang lain kononnya rajin! Perlu ke? Rasanya tidak bukan! Aku selalu fikir yang baik-baik agar aku lebih bersemangat untuk hadapi apa sahaja dalam hidup ini. Aku juga sentiasa berimaginasi untuk dapatkan apa yang aku inginkan. Aku percaya imaginasi akan menggerakkan anggota tubuh badan kita ini merealitikan setiap impian yang kita gambarkan!
Contohnya, aku pernah berimaginasi untuk memiliki kereta selepas 5 tahun bekerja! Ya, imaginasi yang menggerakkan diri aku berusaha mencapai impian aku. Bila berimaginasi sedemikian, aku simpan duit untuk tujuan berkenaan. Alhamdulillah ... imaginasi aku telah merealitikan impian yang aku gambarkan hampir setiap hari selama 5 tahun. Kalau korang nak tahu pasal Membina Imaginasi Cemerlang ... korang boleh cari buku motivasi tulisan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj. Buku yang sangat best dibaca dan diamalkan.
Tak percaya?? Sila cuba dan yakinkan diri sendiri tentang setiap kebaikan yang dicuba!
I believe in the hands that work, in the brains that think, and in the hearts that love...I believe in sunshine, fresh air, friendship, calm sleep, beautiful thoughts
CK : Bangun awal sangat!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!