Bangun awal pagi. Sejuk. Termenung.
Gosok gigi. Mandi.
Solat Subuh.
Jangan harap ada kicauan burung dan kokokan ayam di subuh sunyi Putrajaya.
Ngauman kenderaan menderu menderam. Hon sana sini. Bising!
Rajin sikit. Masak. Bekalan ke pejabat. Jimat dan lagi sedap!
Kadang. Pagi-pagi on laptop dan blogging di subuh sunyi!
Gosok baju kerja. Berbedak. Berwangian. Siap-siap. Kadang mata masih mengantuk!
Keluar rumah. Kunci pintu dan grill. Doa agar rumah selamat!
Tekan lift. Masuk lift. Tekan G. Sampai bawa. Keluar. Melangkah laju!
Jalan kaki. Menuju tempat letak kereta.
Alarm kereta. Panaskan enjin. Layan Sinar.FM.
Tekan pedal minyak. Tidak lebih 100km/j. Hon sana sini. Bingit!
Kenderaan kiri kanan. Masuk simpang tak bagi signal. Rasa nak hamun. Tapi ... sabar!
Sampai basement parking pejabat. Berkejaran punch card. Tunggu lift lagi.
Huh! 5 minit sebelum 8:30am ... sempat, tidak lewat!
Masuk lift lagi. Keluar. Masuk office.
Duduk. On komputer. Buka email. Termenung lagi. Mengantuk.
Kemas meja. Susun fail. Selesa memandang.
9.00am. Sarapan pagi di pantry. Cari tenaga di pagi hari.
9:30am. Mula kerja. Malas fikir orang sekeliling!
1:00pm. Makan tengahari. Kadang makan kadang tidak. Kadang layan Facebook. Kadang tidur. Zohor.
2:15pm. Mula kerja sampai 7:00pm. Di antaranya masih ada yang ketawa-ketawa. Bergelak bersuka. Asar.
Penat. Balik rumah. Maghrib.
Tengok tv. Mandi. Blogging. Isyak ... kadang tertidur macam tu sahaja. Penat. Letih!
Tidur.
Esok?? Sama sahaja seperti di atas. Lusa?? Sama aje. Tulat .... pun sama dan seterusnya juga sama. Tiada beza!
Kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.
Rehat yang panjang. Tidur yang lena. Kerja yang lebih selesa.
Hari-hari aku bukan detail. Tapi lebih kurang. Seakan sama 5 hari seminggu.
tapi knp xde DATING dlm rutin tu?
ReplyDeleterara kalau lunch kat lua,masuk mst kul 3 pm hehehe =)
Samalah. :)
ReplyDeleteRara > a'ah laaa. lupa plak pasal dating....ngeh ngeh
ReplyDeleteKami > ye ke??