Tuesday, October 25, 2011

Kerana Dia, Saya Tak Kahwin Sampai Hari Ini!

Assalamualaikum ...



Ahad malam, selepas aku siapkan karipap-karipap cinta ...


Tunggu dia balik dari kampung. Datang jemput aku di rumah untuk minum malam. Janji nak balik petang, malam pergi jalan-jalan. Tapi dia ada majlis tahlil, jiran belakang rumah. Hampir 11 malam baru sampai Putrajaya. Mata aku belum mengantuk. Masih layan tv dan blogwalking! Gigih ...




Mesej masuk di handphone aku.


"Mengantuk tak? Nak pergi minum tak?". Dia sms aku

Aku balas, "Tak mengantuk, bolehlah!".

"Dah kat bawah, turun sekarang!". Rupanya dia dah siap sedia tunggu!

Aku menekan keypad, "Okeh .. sekarang gerak!".



11:30 malam. Masih terkial-kial cari lokasi untuk minum. Dalam perjalanan. Tentunya masih dalam kereta. On radio. Dia suka layan Negeri.FM. DJ menerima panggilan, dan ...


Terus ...


DJ berborak dengan si pemanggil seorang wanita, juga seorang yang bekerjaya : DOKTOR!


"Nak minta lagu apa?"

"Saya nak minta lagu ... nyanyian Dadali!". Hujungnya kata-kata ada esakan!

"Mungkin ada kenangan di sebalik lagu ini. Lagu DI SAAT AKU MENCINTAIMU, mungkin ada kenangan buat anda?".

"Ada ...". Suara sayup-sayup ... dan tersekat-sekat seakan menangis!

Sambung kata-kata, "Kerana dialah saya tak kahwin sampai hari ini. Kerana dialah  pintu hati saya tertutup untuk cinta lain".




Terdiam aku. Tapi aku senyum-senyum pandang driver sebelah aku. Tak terkata dia. Aku kuatkan volume. Dia tidak komen apa-apa. Cuma diam sambil tangan perlahan menuju ke punat volume untuk perlahankan. Terus tukar topik.



"Kita ke mamak terowong ajelah!".




Ada perkara yang bersarang di kepala aku bila diucapkan sedemikian oleh seorang wanita, betapa SETIANYA dia pada cinta!





CK : Hargailah insan yang menghargai dan menyayangi diri kita. Hargai dan sayangi semasa dia ada bersama kita. Bukan semasa dia tiada, kita mengenang sejuta kebaikan dalam dirinya. Rugi! Aku belajar banyak perkara dari pengalaman lepas. Terluka akibat kesilapan lampau orang lain. Aku redha. Aku berpegang  kepada rezeki, jodoh dan ajal ditentukan Allah. Ketentuan Allah dalam hidup seorang hamba itu yang terbaik diberi olehNya. Kerana DIA tahu kita mampu menanggung, dan kerana itu DIA memberikan seseorang hamba itu ujian.

Kita boleh tersenyum tatkala hati terluka. Kita boleh menangis di kala orang lain gembira. Tapi kita jangan lupa, ujian Allah itu bukan selamanya. 

Jika Allah sudah tentukan sesuatu itu untuk seseorang hamba, tiada satu tangan pun akan dapat menghalangnya dan ia pasti akan dimiliki. Tetapi, jika sesuatu itu bukan ditentukan buat seseorang hamba, walau seribu tangan membantu, tetap jua tidak akan dimiliki!


Jodoh, ada masanya kita perlu berehat untuk mencari ... tapi jika sudah ditentukan pasti Dia akan memberi. Tepat pada masa, betul pada cara dan kena pada orangnya. Percayalah!


Aku suka lagu Dadali, Di Saaat Aku Mencintaimu ------> aku pernah ulang, ulang, ulang .... dan ulang. Takda rasa jemu walau sedikit!

2 comments:

  1. betul la kut kan,,,tp apa2 pun nak kena usaha gk,,pastu tawakal,,klu semua tak menjadi ,,mungkin ada hikmahnya kut,,,

    p/s kite pun takde jodoh lg ni,,huhu

    ReplyDelete
  2. Waduh, ganas gila statement pemanggil itu.

    Dimana, dimana, dimana, jodoh pasti ada. Yakan? Patah tumbuh, hilang berganti. Kali...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!