Saturday, October 29, 2011

Kunci Rosak, Boleh Buka ... Tiba-Tiba!!

Assalamualaikum ...



Kunci peti surat bernombor rumah aku adalah PATAH! Kiranya rosaklah. Saja je nak panjang cerita bagai. Kunci tu patah bila jatuh ke lantai masa aku berlari-lari anak ke peti surat minggu lepas. Patah tapi boleh guna. Cuma dah tak boleh gantung bersama key chain yang lain. Dan bermakna, aku tak boleh lagi bawa kunci tu ke hulu mahupun ke hilir. Terpaksa  tinggalkan dalam kotak kunci di rumah. Sedih dan melecehkan!


Lecehlah ... bila setiap kali nak buka peti surat tu aku kena naik ke rumah dulu, pastu amik kunci dalam box, tekan lift then buka peti surat. Lecehkan tu. Kalau tak, selalunya lepas balik kerja terus menuju ke peti surat dengan ghairah. harap-harap pakwe hantar surat cinta. cheh ... ada lagi ke zaman skang pakai-pakai surat cinta bagai??. So, sekarang nie aku dah tak ghairah lagi macam selalu untuk buka peti surat. Rasa leceh dan malas lagi adalah!!



Bila peti surat tu dah 3-4 hari tak diusik manja menggoda, petang semalam lepas balik kerja aku naik ke rumah, amik kunci dan turun balik ke peti surat. Apa lagi, amik suratlahkan ... takkan amik buah-buahan dalam peti tu kot ... kan...kan...nampak sangat ayat nie cam tak sekolah je rasa. Terus fikir lepas nie aku kena adjust kunci tu agar boleh digantung dengan cun kat key chain!


Selalu dalam peti surat tu ada surat cinta dari Maxis, TNB, Syabas, Maybank, Telekom ... kad undangan perkahwinan, katalog Carrefour, Courts Mammoth ... tapi semalam surat lain plak yang aku dapat!



URUSAN KERAJAAN. Sulit dan persendirian. Surat nie jarang sekali dapat, tapi tiap-tiap tahun akan ada. Surat panggilan menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Rasanya ini kali yang ke berapa ntah aku seat for exam. Pernah lulus tapi tak pun dipanggil temuduga. Sedih beb! Tak pe aku sabarkan diri, bahawa bukan rezeki aku kot. Redha ajelah!


Dulu aku teruja dapat surat macam nie, sekarang rasa teruja tu seakan kurang, bila aku lulus exam ... takda interview pun! huk huk
 
Mungkin aku akan seat kot exam nie ... dekat je tempat exam! Kalau dapat, lepas nie tukar profession la kita ya. Hidup mesti positif. Setiap kali nak seat exam, aku sentiasa fikir .... "boleh buat! pasti lulus!". Aku kan positif memanjang, ngeh ngeh ngeh. 






Eh! dah nak kena baca buku nie ... dari sekarang! Ada masa lagi nak ready itu ini. Oiiit ... pensel 2B aku kat mana ar?? Pemadam aku ... mana letak??



Dah semua benda baru nak dicari! Sediakan payung sebelum hujan ... kan kan ...




CK : Sejuknya pagi nie.

12 comments:

  1. akak..bila tukr design ni??mn repunzel tu??rndu kt dia laa...:'(

    ReplyDelete
  2. Conan > sesaje tukar design plak. bukan pandai pun. ini je yg mampu...heheheh

    ReplyDelete
  3. kak, gud luck.. sy yg exam PTD hr tu x g pun sbb keje.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. waaa~ da dipanggil exam ye~ saya tak pernah kene panggil pun..huhuhu

    ReplyDelete
  5. kite dpt jgk. tp temuduga jm. tak tau la lulus ke x.

    p/s:ada mesej dekat inbox fb pasal header tu.

    ReplyDelete
  6. Mizz > akk pun tak pegi yg PTD aritu ... x sempat study

    Sunah > sabar...Insya-Allah ada nanti

    ReplyDelete
  7. NHY > semoga lulus hendakNya.

    p/s : akak dah reply kat inbox ye

    ReplyDelete
  8. Kura > Thanks dear..

    Hanih > Thanks dear ..

    Hazanis > Thanks dear ..

    Harap2 akak boleh jawablah dgn doa korang!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!