Sunday, October 9, 2011

Tak Diet Pun, Tapi ....

Assalamualaikum ....


Sabtu Ahad aku makan agak banyak berbanding weekdays. Nafsu makan tak adalah membuak sangat, tapi bila lihat makanan terasa juga nak merasa itu ini. Tak rasa kang balik rumah termimpi. Semalam pergi rumah orang kahwin dah sepinggan nasi aku makan, terlebih banyak dari biasa. Habislah kalori tak berganjak turun!


Selepas aku balik raya hari tu, aku dah mula mengurangkan kuantiti makan dengan sendirinya. Atas nasihat my lovely SIL. Bermula 3 minggu lepas. Tahu apa hasilnya?? Ungkapan diet tiada dalam kepala. Cuma aku agak selesa dengan diri sendiri dan rasa ringan sikit. Setelah 3 minggu, Jumaat last week aku tergatai menimbang berat aku. TURUN 2 KG BEB!! Semuanya berlaku tanpa disedari. Aku tak diet ya. Yang biasa nampak aku still rasa aku masih bam-bam mata korang. Itu mata korang. Lantaklah. Aku belum sampai tahap kurus kedeking lagi. Ye aku tahu ... aku chubby nau! 


Turun 2 kg dalam 3 weeks. Memang tak nampak macam aku kurus, tapi aku rasa selesa sebab naik tangga tak penat sangat dah, berjalan takdelah termengah lagi. Cool je aku rasa. Aku tak letak target pun untuk diet dengan serius walaupun aku dah diberi kebenaran untuk berdiet. Terima kasih atas sokongan. Tunggulah bila rasa mampu saya akan try Atkins Diet tu


Pesanan akak bila dia tengok aku makan nasi yang banyak masa raya lepas, nak diet agak susah bagi kita yang jenis selera sahaja makan. Tapi kita boleh kurangkan kuantiti makan dan lebihkan kekerapan waktu makan. Macam nie cara dia ajar ... tapi korang jangan salah faham, ini bukan petua diet ya! Ala-ala diet jugak kot.


  • Makan nasi 4-5 sudu bagi satu hidangan. Jangan ada hati nak bertambah-tambah. * Yang ini memang aku dah amal 3 weeks lepas. Sesekali je terlupa, terlebih pulak ambil. Kadang 2 hari aku tak makan nasi. Dan aku dah rasa biasa dah skang.
  • Minum air masak lebih dari 8 gelas sehari. *Aku hari-hari minum lebih 3L air suam!

  • Makan 5-6 kali sehari. Selalu kita makan 3 kali je kan ... pagi, tengahari dan malam. Tapi tambah lagi waktu makan TAPI MAKANAN SEMUA DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT. Kita tak akan rasa lapar, dan metabolisma badan akan lebih aktif! * Aku baru start makan 4 kali sehari.
  • Lebihkan sayuran dalam makanan. Kalau boleh kurangkan makanan yang berkarbohidrat. *Yang nie susah sikit bagi aku sebab aku suka makan bihun, mee, kuewteow dan spaghetti. Aku tetap makan tapi dalam kuantiti yang sedikit. Cuma kalau makan pagi aku akan makan like a king!

  • Untuk makan malam, ambil sebelum jam 8.00 malam. Makan sikit sudah setakat mampu tarik kain selimut kata mak aku! *Aku pun dah kurang makan malam kecuali jika aku lapar.
  • Aku juga minum lemongrass tea waktu pagi dan petang dan makan  Catalyst VCO 2 hari sekali sebelum makan.


Akak aku cakap turun 2kg tak beri makna pada mata orang lain yang pandang kita, tapi ia beri makna pada diri kita. Macam aku nie katanya turun 10kg baru akan nampak aku kurus dan kecik. Disebabkan aku rendang sikit so, aku telah diberi galakan untuk berdiet. Cuma entah mampu ke tidak. Aku selesa dengan pesanan akak aku nie. Setelah dicuba aku merasa keberkesanannya pada diri sendiri.  Untuk berdiet dengan serius aku belum mampu lagi, tapi aku akan usaha. Buat masa sekarang aku akan follow pesanan kasih sayang akak aku nie.


Doakan aku berjaya ye turunkan berat badan dan sihat sentiasa. Kalau aku sihat atas doa kalian atau siapa sahaja, bolehlah aku terus menaip di blog ini dengan penuh kasih sayang untuk korang!


Korang boleh cuba tips akak aku ini. Aku izinkan .... sama-sama kita menjadi sihat dan slim jugak. Amin!




CK : Setiap usaha pasti membuahkan hasil ... tapi perlu konsisten!

3 comments:

  1. brt bdn sy pun trn gak,bla sy rncg nk diet,brt xnk turn,tp bla xrncg,dia trn lak,sy blk cairo,trn trus brt sy,kt sn,byk brjln,dgn musim pnsnya,ns mlntk smpi brpinggan2..dasat x?

    ReplyDelete
  2. nk try please...bdn dah mcm hyppo dah nih. ;p

    ReplyDelete
  3. cONAN > HEBAT AWAK

    hANI > SILA CUBA YEEE

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!