Monday, October 31, 2011

Eh! Apa Kau Nie ....

Assalamualaikum ...









"aku rindu bulan bintang hidupku!"







Dah terkuap-kuap dah ...

Hati memang nak update je ...

Tapi mata aku dah tak berdaya sangat!

Mengantuk weh, penat pun ada

Kerja office, tapi mengalahkan buruh kasar yang bina bangunan.


Sorrylah, takde cerita pun malam nie.

Idea ada, tapi mata ni dah tak boleh menahan mengantuk yang amat-amat!

Aku masuk tidur dulu, esok keje .. sambung blogging November pulak ye!!



Selamat Malam Pembaca Setia!!




Aku sedang merepek, maafkan aku.








CK : 2 bulan lagi dah masuk 2012! Banyak plan 2012 nie ....

Hidup Perlu Mengkaji

Assalamualaikum ....



Apa pun aku nak buat

Ada masanya aku kaji dulu. Ada masanya, bukan selalu, tapi agak kerapkali.

Aku kadang-kadang slow sikit. Slow sikit je. Kalau korang dah no. 10, aku mungkin baru 7. Slowkan?

Bila nak buat apa-apa yang aku mula nak suka. Nak suka dan sedang suka.

Aku kaji dulu!

Macam sekarang

Penumpuan aku pada blog

Aku kaji dulu, tulis blog tu macam mana dan bagaimana.

Aku mula dengan zero. Sekarang aku masih belajar. Belajar sampai mati.

Aku kaji blog blogger lama yang hebat. Walaupun followers tak ramai

Tapi punya entry yang mantap, itu jadi sasaran aku untuk dikaji!

Aku memang teruja pada manusia yang tak kenal putus asa

Kau tahu ...

Aku tengok blog Fatin Liyana. Tengok dan kaji jugak!

Mula-mula berblog ... comment yang dia dapat 1-2 sahaja!

Cuba kau jenguk blog dia hari ini .... beratus komen beb!


Nak aku simpulkan apa kat sini??


Hidup bermula dengan kosong. Jangan kenal erti putus asa dalam setiap perkara yang dicuba! Itu sahaja.

Simplekan ???

Perkara baik, hari-hari kita buat, lama-lama pandailah!


Itu baru cerita dunia seorang blogger .... cerita lain?? Nanti-nantilah aku cerita.





CK : Kadang-kadang aku menongkat dagu, nak mula yang mana satu nie???

Sunday, October 30, 2011

Yang Google Nie Mesti Orang Nismilankan ... kan ...???

Assalamualaikum ....





Tahulah Nismilan monang Piala Malaysia 2011 semalam, yang tengok bola je bukan main lagi google kot-kot Tok Mat (Y.A.B Datuk Seri Mohamad Hassan) umum cuti esok ya! Penat sorak kat stadium dengan kedai mamak ke sampai nak kena cuti tambahan 1 hari. hu hu??



Aku rasa yang google pengumuman cuti nie sah-sah orang Nismilan tak pun orang yang kerja kat Nismilan. Yelah, kalau Tok Mat umum cuti sebab monang Piala Malaysia, sapo yang kojo kek Nismilan jo yang bulih cuti. Yang lahir Nismilan tapi kerja kat negeri lain tu ... minta maaplah yooo!  Terutama kek MB aku tuh, jangan ekau nak berangan nak cuti esok. Kojo banyak laie nak kena wat. Kojolah cam biasa. Eh! Rasanya aku tak dengar plak Tok Mat ada umum cuti esok. Memang takdo kan???




"Pengumuman cuti Menteri Besar Negeri Sembilan menang Piala Malaysia" ---> wah! kemain nak bercuti yo, cam korang plak penat sepak bola kat tengah padang tu ....



Kalau Tok Mat umum cuti pun bagus jugak. Meraikan kemenangan. Apa salahnyakan. Dah 3 tahun berturut-turut masuk final, akhirnya dapat juga gonggam Piala Mesia. Banggolah orang Nismilan. Penat sorak, jerit sana sini ... monang jugak! Kalau tak monang semalam, memang kena badi Kedah suatu masa dululah, masuk final Piala Malaysia 3 tahun berturut-turut tapi kalah jugak! Redha aku sebagai rakyat Kedah.


Dari malam tadi sampai malam nie aku dok cerita pasal Nismilan monang Piala Mesia. Masih hangat lagi upernya. keh keh keh ...







CK : 4 hari lagi nak balik kampung ... best le cuti panjang! Leh rehat je.

Bila Masa Aku Tukaq Nama??

Assalamualaikum ...




Penat
Kepala aku macam pening semacam.
Berat
Mengantuk pun ada!

Kerja nie ada sikit lagi nak habis
Sikit lagi
Tiap-tiap bulan buat tugasan yang sama.
Kadang muncul juga bosan. Tapi aku redha aja.

Aku belum lunch
Tak selera pun ada

Tapi tiba-tiba dapat sms
"R. Kunalan dah makan tengahari ke belum??"

Sejak bila aku tukar nama jadi R. Kunalan
Dia memang tahu aku minat sangat S.Kunalan tu
Tapi rasanya tak perlu kot aku tukar nama sebab minatkan??

Apapun sms tu buat aku senyum sorang-sorang kat office nie!



Dia memang pandai amik hati aku .... dan dia juga pandai robek hati aku kadang-kadang!





CK : Pening tiba-tiba, kenapalah!

Masih Raso Hangat-Hangat Nismilan Monang Sampai Pagi Nie!!

Assalamualaikum ....




Wa nak update, tapi tak tau nak update hape. Bleh?? Asal bangun pagi je, nak blogging even idea tak semenggah. ngeh ngeh. Wa bangun pagi nie masih terasa kehangatan kemonangan Nismilan juarai Pialo Mesia. Umang ai, terus wa tukar loghat. Tapi wa bukan orang Nismilan yo. Wa oghang Kedah! Kalau buruk wa tulis Nismilan, janganlah golak kuat-kuat. Kawan baik wa pernah sound tepek kat FB sebab wa dok cakap Nismilan. Dia kata burok orang Kedah cakap Nismilan. he he he ... apo wa peduli, janji bahagio!


Tapi sobab wa suko bonar nengok S. Kunalan tu berlari, terus wa suko Nismilan. Lari macam lipas kudung punya laju. Bukan sobab si MB tu orang Nismilan. Tapi untung juga wa suko Nismilan, asal Nismilan ada game, sah-sah MB bawa wa pergi tengok bola. Keluar masuk stadium memanjang. Lu orang ado? Tak hado kan?? Cuma kalau final je wa tak minat join, sebab wa rasa sosak kalau reramai sangat. Bertolak bagai. Rimas!


Rasonya dah-dahlah cito pasal bola. Hangat sampai seminggu dua je, lepas tu semua lupo. Ye dak?? Wa nak tulih panjang-panjang dalam loghat Nismilan burok bonar rasanya. Kang ada yang salah mahu kena kutuk ngan orang Nismilan ... terutama si MB wa tuh! Tulis 3-4 perenggan nie pun ada yang salah dah.


Bila cakap or tulis dalam loghat Nismilan, wa teringat masa mula-mula kenal si MB, dia paksa wa sobut perkataan "KERENGGA" dalam loghat Nismilan sampai bulih! Dia cakap, kalau tak bulih sobut tak bulih jadi orang Nismilan. Tak bulih masuk suku katanya!


"Eh! Bilo maso den cakap nak jadi orang Nismilan?? Bilo?? Chek bangga jadi oghang Kedahlah!".


Kalau nak tahu, sampai hari nie wa tak pandai pun sobut perkataan "KERENGGA" dalam loghat Nismilah ... ngeh ngeh ngeh!!




Tak jadi oghang Nismilanlah den .... tapi den okeh joooo!!




CK : Pagi nie nak siap-siap ion baju seminggu punya stok, pastu settlekan kerja office. Done!

Saturday, October 29, 2011

FINAL PIALA MALAYSIA 2011 : NEGERI SEMBILAN JUARA!!

Assalamualaikum ...




Aku layan Final Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan vs Terengganu. Perlawanan yang buat jantung aku berdebar memanjang. Memang perlawanan yang best! Walaupun aku hanya layan dekat tv pun, memang rasa berbaloi menonton. TAPI aku tetap rasa rugi tak pergi Stadium Shah Alam! Sebab aku tak suka keadaan yang terlalu sesak macam tu. So, bila MB offer pergi tengok final, memang aku tolak pelawaan baik-baik. Dah 2 tahun dia ajak aku. Tetap aku tak berminat. Kalau setakat suku akhir atau separuh akhir, aku boleh lagi follow. 



Terengganu memang hebat. Tapi Negeri Sembilan lagi hebat. Sah-sah aku sokong Negeri Sembilan. Kalah ke memang ke aku memang sokong Negeri Sembilan. Aku kan peminat setia S.Kunalan. Dia sumbat gol pertama N9 malam nie. 



Malas nak cerita lagi, cakap pun tak guna! NEGERI SEMBILAN MONANG PIALA MALAYSIA 2011!! Terengganu ... siaplah, berenang balik Terengganu ye! ngeh ngeh ....penyu menangis sudah! Tahun dopan cuba laie ye.







NEGERI SEMBILAN 2 - 1 TERENGGANU




Menang juga Negeri Sembilan Piala Malaysia Tahun 2011, dah tiga tahun berturut-turut masuk final. Tahun nie Piala Malaysia dalam genggaman. Tahniah!!





CK : Tak rugilah MB pi stadium!!

Langgar Pantang!

Assalamualaikum ...



Malam nie aku telah melanggar pantang! Pantang apa? Of course pantang bab makan. Sudah sebulan lebih aku jarang makan nasi malam. Dan aku selalu makan malam sebelum 8.00malam. Tapi malam ini aku gagal! Gagal melawan hawa nafsu makan bila siang tadi aku hanya makan karipap. So, mana nak dapat energy. Lagipun siang tadi memang takda selera nak makan pun. 


Bila start layan Masterchef Malaysia @ Astro 104, nafsu makan aku mendatang. Huh! perut berkeriuk tiba-tiba. Takkan nak layan mee segera. Sorrylah, selagi aku tak rasa mengidam, aku memang tak akan layan mee segera. Kalau masak pun, sure tak habis punya makan. Sudahnya tong sampah yang makan mee tu. 


Last sekali, aku decided untuk masak nasi. Takkan makan nasi kosongkan? Mesti ada lauknya. Lauk favourite aku, ayam goreng kunyit. Nasi putih dan ayam goreng kunyit. Cukuplahkan. 


Menu dinner aku : nasi putih separuh + ayam goreng kunyit + daun sup (ulam) + sos cili kicap

Aku up kan dinner aku dengan sos cili. Masa kecik-kecik dulu, aku memanjang makan nasi dengan sos cili. Sedap! Dah jadi habit ... sos cili ... kicap ... sos cili ... kicap, macam dah tak boleh berpisah. Tapi bila dah remaja purba nie, habit tu macam dah berkurangan. Makan apa yang ada pun dah Alhamdulillah. Rezeki dari Tuhankan.


Alhamdulillah kenyang perut aku malam nie. Bila kenyang perut, baru semangat nak layan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu! Agaknya siapalah yang akan bawa balik Piala Malaysia nie??



Janganlah langgar pantang selalu sangat .... bahaya untuk aku! ngeh ngeh ...





CK : Imelda, peserta masterchef nie ... happy go lucky sungguh!!

Terima Kasih LALABIELA!

Assalamualaikum ...




Header baru! Kali nie rasa lagi cun sebab bukan aku yang buat. Aku memang tak pandai pun nak buat header comel-comel coz rabun bab-bab graphic nie. ha ha ha. Macam biasa, walaupun umur dah remaja purba, but aku still suka pada cartoon. So, kebanyakan header aku memanjang ada cartoon. Happy sket bila tengok cartoon yang shomel cam gini. Menggambarkan aku nie jenis happy go lucky kot.


Actually header nie telah dibuat oleh adik LALABIELA! Thanks so much dear. Kebetulan dia offer header percuma kepada pembaca blog dia. Dan aku for sure tak ketinggalan request jugak. Kalau korang nak header chomel macam nie, sila bertanya sendiri ya! Serius gigihnya dia watkan header utk aku. 2-3 kali juga nak tukar itu ini rasanya. Papepun aku suka header nie. 


First time kan suruh orang buat header, songeh aku pun lain macam. Tapi yang pasti aku sendiri pun tak pandai nak wat. ha ha ha!

header terkini dari lalabiela! aku request cartoon camnie ... rajin dia mencari. Thanks dear!


Header simple nie aku yang buat. Mak aih ... simple sesangat. Sebelum aku tukar kepada Lalabiela punya header.
Header Rapunzel ... first time buat header transparent. Berhari-hari nak siap ... sungguh tak pandai!

Ini pun aku buat. Simple juga! * ke tak reti design???*

Ini antara header mula-mula aku blogging! ngeh ngeh ... cincai sungguh. Takpe, janji ada.



Cerita pasal header aje! keh keh keh ... kanak-kanak sungguh aku nie kalau bab nak design header. Nak juga cartoon tu, memang tak boleh blah. Takpe, janji aku happy dengan cara aku. Cartoon pun cartoonlah!







CK : Nak design blog hebat-hebat memang tak pandai. Jadi buat apa yang patut sudah. Janji boleh terus menaip. Ok per kan???

Tiada sms! Tiada call! Good ....

Assalamualaikum ...





Sunyi

Kosong

Tiada sms

Malah tiada call!

No sms! No call!

Serius bosan sangat

Selalu ada saja suara dia usik mengusik

Tegur itu ini

Belum campur bab marah!

Haish! sunyi betul bila dia tak ada

Kosong. Macam tin kosong.

Selalu hari-hari dia teman aku

Kosong!


Tapi hari ini ... aku tak tahu ke mana dia terbang??

Hari ini dia buat aku tunggu

Tunggu


Jangan tunggu sampai macam ini sudahlah! Oh ... sangat kesian. 



Kosongnye!

Sesekali air tenang berkocak

Bukan ikan yang nampak

Bukan dasar yang terpandang

Rasa sunyi yang menerjah

Hinggakan kocakan air tak kedengaran pun!


Nampakkan aku tunggu! Serius hari ini Sabtu yang membosankan aku ....









CK : Tak tahu apa lagi nak buat bila dia tak ada. Baru sehari, kalau selamanya ... bagaimana?? Masing-masing ego yang tiada sempadan. Jalan sendirian, ada indah ada juga meresahkan!

Aku nak tidor!

Kunci Rosak, Boleh Buka ... Tiba-Tiba!!

Assalamualaikum ...



Kunci peti surat bernombor rumah aku adalah PATAH! Kiranya rosaklah. Saja je nak panjang cerita bagai. Kunci tu patah bila jatuh ke lantai masa aku berlari-lari anak ke peti surat minggu lepas. Patah tapi boleh guna. Cuma dah tak boleh gantung bersama key chain yang lain. Dan bermakna, aku tak boleh lagi bawa kunci tu ke hulu mahupun ke hilir. Terpaksa  tinggalkan dalam kotak kunci di rumah. Sedih dan melecehkan!


Lecehlah ... bila setiap kali nak buka peti surat tu aku kena naik ke rumah dulu, pastu amik kunci dalam box, tekan lift then buka peti surat. Lecehkan tu. Kalau tak, selalunya lepas balik kerja terus menuju ke peti surat dengan ghairah. harap-harap pakwe hantar surat cinta. cheh ... ada lagi ke zaman skang pakai-pakai surat cinta bagai??. So, sekarang nie aku dah tak ghairah lagi macam selalu untuk buka peti surat. Rasa leceh dan malas lagi adalah!!



Bila peti surat tu dah 3-4 hari tak diusik manja menggoda, petang semalam lepas balik kerja aku naik ke rumah, amik kunci dan turun balik ke peti surat. Apa lagi, amik suratlahkan ... takkan amik buah-buahan dalam peti tu kot ... kan...kan...nampak sangat ayat nie cam tak sekolah je rasa. Terus fikir lepas nie aku kena adjust kunci tu agar boleh digantung dengan cun kat key chain!


Selalu dalam peti surat tu ada surat cinta dari Maxis, TNB, Syabas, Maybank, Telekom ... kad undangan perkahwinan, katalog Carrefour, Courts Mammoth ... tapi semalam surat lain plak yang aku dapat!



URUSAN KERAJAAN. Sulit dan persendirian. Surat nie jarang sekali dapat, tapi tiap-tiap tahun akan ada. Surat panggilan menduduki peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Rasanya ini kali yang ke berapa ntah aku seat for exam. Pernah lulus tapi tak pun dipanggil temuduga. Sedih beb! Tak pe aku sabarkan diri, bahawa bukan rezeki aku kot. Redha ajelah!


Dulu aku teruja dapat surat macam nie, sekarang rasa teruja tu seakan kurang, bila aku lulus exam ... takda interview pun! huk huk
 
Mungkin aku akan seat kot exam nie ... dekat je tempat exam! Kalau dapat, lepas nie tukar profession la kita ya. Hidup mesti positif. Setiap kali nak seat exam, aku sentiasa fikir .... "boleh buat! pasti lulus!". Aku kan positif memanjang, ngeh ngeh ngeh. 






Eh! dah nak kena baca buku nie ... dari sekarang! Ada masa lagi nak ready itu ini. Oiiit ... pensel 2B aku kat mana ar?? Pemadam aku ... mana letak??



Dah semua benda baru nak dicari! Sediakan payung sebelum hujan ... kan kan ...




CK : Sejuknya pagi nie.

Friday, October 28, 2011

Resepi : Apam Aiskrim

Assalamualaikum ...




"Apam ... apam!! Special apam aiskrim. Sapa nak beli apam" ... ngeh ngeh!


Jual kuih plak malam-malam dikala hujan. Ada ke yang nak beli? Kalau nak beli apam yang aku buat nie, berbesar hati rasanya. he he he. Tengahari tadi aku buat apam aiskrim, tu yang beriya menjaja kuih malam-malam. Aku balik rumah tengahari tadi, maklumlah rehatkan lama sebab arinie Jumaat.  Nak pi Alamanda macam buang masa cari parking je. Tak tahu nak buat apa balik tadi, mula-mula layan lappy and tv. Hati pun cam masih sedih-sedih pasal ada yang mengecikkan hati aku siang tadi.


Untuk rawat hati yang dukalara konon-kononnya, dukalaralah sangat. Sebenarnye kecik hati sket. Tapi abaikanlah. Malas pula aku nak layan hati yang sedih tengahari tadi. So, aku decide buat terapi hati untuk diri sendiri. Asal tension ke ... stress ke ... hobi yang satu nie memang buat aku rasa tenang terlampau. Apa lagi kan ... masaklah! Minat aku skang nie cuma masak, blogging dan melancong. Lepas nie nak cari minat baru plak.


Sambil layan lappy tadi, aku google resepi apam. Jumpalah resepi tu kat blog Zaliana [JURNAL RASA]. Tengok resepi macam mudahlah yang amat, terus pergi dapur check semua bahan-bahan ada. Teruslah aku start buat apam aiskrim. Tak sangka menjadi pula dan lembut walaupun rupa tak secun apam aiskrim Zaliana. Terima kasih Zaliana share resepi tu. Sangat simple dan sedap! Jom aku share resepi nie dengan korang .... "SELAMAT MENCUBA YA!".




Resipi Apam Aiskrim
Sumber: Zaliana Jurnal Rasa
Resepi Dicuba : Cik Kamoo 


Tayang cup dulu ... untuk adunan bagi resepi nie, aku dapat lebih kurang 20 cup bersaiz seperti dalam gambar!

Bahan A
250g gula castor (saya letak 200 gm gula dikisar halus ,manisnya sedang2) * CK pun letak yg sama
1sm ovellette
3 biji telur

Bahan B
300g tepung gandum/tepung naik sendiri (saya pakai tepung naik sendiri)
1st baking powder (saya pakai double action baking powder)

Bahan C
200 ml air sprite/ice cream soda (CK guna ice cream soda)


Dah siap. Tabur choc rice sebagai hiasan. Kukus lebih kurang 15 minit dengan api yang kuat.

Cara
Pukul A sehingga kembang dan gebu. Masukkan bahan B pukul hingga gebu.
Masukkan C
Bahagikan kepada 2 bhg. Satu bahagian biarkan kosong dan satu lagi di bahagi dua : hijau dan merah.
Masukkan warna asal dlm mangkuk dan sedikit warna hijau dan merah.
Kukus selama 10 minit (api besar baru apam pecah)


* sebelum dikukus, aku tambah choc rice atas dia kasi cun, lupa pula nak letak filling blueberry sebab kalut sangat. 


Yeaaah! Apam Aiskrim yang lembut dan enak bagi mulut aku!



So, tadi dah siap-siap apam nie, aku tapaukan untuk June dan Mama Lulu. Untuk MB juga. Bagi kat June sebab nak pulangkan tupperware dia yang mahal. Lepas tu teringat kat Si Esya comel anak mama Lulu, yang dah lama aku tak jumpa. Pergilah hantar kat dia. Untuk MB pun sebab nak pulangkan tupperware dia bagi ikan merah masak lemak cili api. Sedap tul masak lemak cili api tu!



"Apam aiskrim untuk awak, esok-esok bagi masak lemak daging salai plak ye!"



Siap jugak projek apam aiskrim nie ... esok nak projek masak apa plak yek??






CK : Makan malam nasi kerabu plak ....

Awak Mengecilkan Hati Saya! huk huk

Assalamualaikum ...



Aku nie memang jenis manusia yang sensitif sket. Sket ke banyak nie? Rasanya macam banyak kot sensitifnya. Aku memang pantang orang buat aku terasa hati or kecik hati. Cepat saja ayaq mata meleleh sampai ke hidup. sobs...sobs! Sedih tau. Tadi pun dia buat aku meleleh ayaq mata.


Macam hari nie, sepatutnya aku pergi teman dia beli tiket bola kat Seremban. Walaupun bukan aku yang nak pi Stadium Shah Alam tengok Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011, Negeri Sembilan vs Terengganu, but aku willing nak temankan dia sebab dia yang beriya-riya ajak. Well, bila dah ajak ... dalam kepala nie macam-macam dah aku plan. Ingat nak lunch kat Restoran Nelayan area Seremban tu. Rasanya dah lama tak pergi makan kat situ. Aku nak makan masak lemak cili api daging rusa. Sedap tau!


Tapi segalanya punah. Bukan kata masak lemak daging rusa yang dapat. Ayaq mata yang keluar laju macam ayaq terjun. Kes dia pi beli tiket bola sorang-sorang tak hint kat aku pun.  Aku nie tunggu la kat office macam tukun dalam laut cetek. Kalau tak nak bawa, janganlah ajak aku beriya.  Tak pun bagitahu awal-awal. Takdalah aku tunggu. Aku plak dari kecik, kalau dah berjanji dengan aku make sure janji tu tertunai. Itu ayah aku dah train aku dari kecik. Ayah aku kalau bab berjanji dengan aku memang dia akan tunaikan. So, dia tak nak anak dia cakap dia penipu or whatever. See, kasih ayah .... macam mana dia trainkan anak dia untuk tunaikan janji terutama bagi perkara-perkara yang amat penting. Yang penting orang lain tak kecik hati bila kita berjanji! Manusiakan berpegang kepada janjikan ... kan ... kan! Nampak sangat aku nie anak ayah! Banyak sungguh mewarisi perangai ayah aku.


Bila aku ditrain macam tu sejak kecik, benda nie terbawa-bawa sampai dan tua bangka nie. Sape-sape berjanji dengan aku make surelah janji tu ditunaikan, melainkan atas kuasa dan ketentuan Allah sesuatu itu tak tertunai untuk aku. Redha. Sebab itulah kalau aku bercinta, aku setia dan sentiasa jujur ikhlas dengan pasangan aku. Bukan nak puji diri sendiri, tapi dia akui aku memang macam tu. But bagi pihak dia nak buat sebaliknya, antara dia dengan Allah nak jawab macammana nanti akhirat esok. Tak berjodoh sebab mungkir janji or sebagainya aku terima dengan hati terbuka ... sebab jodoh nie ketentuan Allah! Manusia dan hamba macam aku, cuma layak merancang, usaha dan doa sahaja!!


Berbalik pasal aku kecik hati hari nie, memang-memanglah buat aku angin. Angin takda ribut takda, dia pi beli tiket bola tu sorang-sorang. Tup-tup dah sampai Seremban. Tak hangin ko!! Aku ni kiranya memang banyak sangat sabar. Terlalu banyak sabaq. Benda kecik malas aku nak gaduh bagai. Tapi janganlah buat macam nie. Bila aku sabar, janganlah sampai melampau wat tak peduli. Agak-agaklah!



Takpalah kalau dia bahagia nak buat macam tu, tapi aku  nie sebagai sahabat and teman janganlah perangai macam nie diulang-ulang lagi. Belajarlah jaga hati sahabat dan teman sendiri. Kadang aku terfikir gak nak tanya dia, "pernah ke aku buat dia macam tu? rasanya dia insan bertuah yang aku tatang dalam hidup aku!". Kalau tak bersyukur lagi aku tak tahulah, sebab aku sentiasa usaha jadi yang terbaik untuk orang-orang yang aku sayang. Bernasib baiklah dia sebab aku sentiasa jadi diri sendiri seperti apa yang dia pandang selama nie! 



Sobs ... sobs ... sobs! Malaslah nak sambung taip ... macam sedih dan makan hati sangat!! huwaaa huwaaaa huwaaaa.







CK : Sentiasa berdoa, selagi ada depan  mata nie, belajarlah hargai! Esok kalau saya dah tak ada, jangan nak puji melangit pasal diri saya lagi macam dulu.

Percubaan Kedua Memang Tidak Mengecewakan!

Assalamualaikum ...



Selagi tak cun dan menjadi hampir sepenuhnya, aku akan cuba dan terus cuba. Sampailah kadang-kadang ada mood nak rasa give up. Ini percubaan aku untuk sediakan Roti Lapis Daging Berkeju.  Percubaan kedua yang memang menjadi. I like! Nak resepi boleh check kat sini [LINK]. Kali ini aku buat lebih spicy ... sempena Deepavali!



Cakap banyak pun tak guna, tunjuk bukti ... ngeh ngeh! Layan gambar ajelah sebab aku nak siap-siap pergi kerja dah nie.  Dah 7:30am masih dok hegeh-hegeh kat rumah depan lappy, kat office memang aku tak sempat layan blog. Apatah lagi nak update. Memanjang buat autopublish! Eh! jom layan gambar roti lapis daging berkeju!



Meh kita bako ... kita bako ... ROTI LAPIS DAGING BERKEJU menguja keimanan!

Sedang dibakar! panas-panas

Siap dibakar!

Siap dipotong ... tunggu masa dijamah!

Jemput makan anak-anak!




"sejak ada oven, awak asyik buat western food je!" .... ayat tak puashati! ha ha ha ... sian dia, sebab tekak dia memang selera makanan Melayu aje. Aku pun sama, tekak Melayu jugak. Tetapi kekadang nak cari kelainan. Tak salahkan???





CK : Jumaat yang indah buat aku. Indah ....

Thursday, October 27, 2011

Mengidam Sebab Masterchef Malaysia!

Assalamualaikum ....




Malam tadi, aku layan Masterchef Malaysia kat Astro. Choi ... mesti semua orang tahu rancangan tu kat Astrokan. Saja nak kecah aku nie. Boleh tahan hebat jugaklah, even staff office aku cakap Masterchef Malaysia nie biasa-biasa aje. Taklah hebat macam orang putih sana, budak-budak pun boleh perform terlampau baik dalam rancangan tu. Cheh! kalau bangsa lain nak puji sangat. Asal Malaysia je, nak perlekeh memanjang ... apaaa daaaa! Supportlah sikit!


Okeh-okeh simpan bab kecik hati kat staff tu, berbalik pada Masterchef tu memang aku suka sangat. Juri-juri tersohor komen sana sini. Hebat dowh! Malam tadi, Selera Pantas kalau tak salah aku, depa pakat-pakat kena buat Kek Tiramisu. Ermmm yummie sangat aku tengok.


Sedih pun ada bila ada peserta yang keknya tak jadi langsung. Dah macam rupa bubur pun ada. Kesian si pemandu tu, sorry aku lupa nama dia ... kek dia tak jadi langsung. Lepas tu, cikgu sambilan ... pun sama tak jadi. But cikgu sambilan nie still hias juga kek dia bagi juri-juri rasa. Memang semangat betul dia. Yelah, dah bertungkus lumus usaha takkan nak biar macam tu sahaja. Tapi pemandu tu dia tak nak bagi juri rasa kek dia. Kalau aku pun tak nak bagi ... dah rupa bubur, bukan rupa kek lagi dah. Sian dia menangis-nangis. Apapun aku salutelah dia tetap berusaha yang terbaik. Cuba lagilah nanti. Mana tau kot jadi lebih baik kan...kan...!


Kerana Masterchef malam tadi, sampai hari seharian aku teringat aje kek tiramisu tu. Siap google resepi segala. Aku nampak kek tu malam tadi sedap bukan main, even tengok kat tv je!


Ini semua sebab Mastercheflah, sudahnya aku mengidam. Agak-agak bilalah aku nak pergi cari tiramisu nie. Secret Recipe mesti ada .... tak sabar nak alami dan rasa kelazatannya!



Tiramisu yang mengiurkan dan menggoda nafsu makan ku tahap melampau!




Masterchef oh! Masterchef .... macam-macamlah!






CK : Malam nie pergi open house Deepavali. 1Malaysialah kita ye ....



Mak Aih ... Banyaknye!!

Assalamualaikum ...



Selalunya tiap-tiap pagi, blog aku nie dah ada entry dan ada sahaja aku nak bercerita dah share dengan korang. Tengahari  pun ada satu entry. Tapi lepas Deepavali, petang nie baru aku nak up satu entry. Nampak sangat busy yang teramat.


Bila sign in je blog, terus ke dashboard ... "mak aih! banyaknya comment". Teruja la sket, sepanjang berblog takde pun nak terima comment sebanyak nie. hu hu. Aku memang suka sangat kalau pembaca datang dan tinggalkan komen. Rasa dihargai. Semua komen datang dari segmen Ben. Bagus juga join segmen nie. Kenal ramai blogger yang baik-baik, comel-comel dan hensem-hensem jugak. ngeh ngeh. 

.
.
.
.
.
.
.




32 comments! I like ...





CK : Hari nie rasa tak menang tangan .... malam nie nak pergi open house Deepavali, baru1Malaysia ... kan ... kan ...

Wednesday, October 26, 2011

Kereta Besar, Otak Kecil ... Akal Sempit!

Assalamualaikum ...



Nak terasa? Tak perlu terasa kalau korang tak buat seperti apa yang aku bakal story mory dekat korang. Heh!Geram .. geram ...


Cerita Ahad baru nie, masa aku pergi Yummies dengan adik aku dekat Bangi. Masa dah keluar dari Yummies, terus start kereta dan nak gerak ke Ice Room. Jalan depan Yummies tu kan amatlah sempit.  Siapa yang pernah pergi tu memang tahulahkan. Satu hala dan muat hanya satu kenderaan sahaja! Depan kedai memang ada lot parking. Kemudian jalan untuk muat sebuah kenderaan. Dekat tebing-tebing tu ada lagi yang park. Biasalah kat Malaysia nie, celah bedah mana pun asal muat sure dia park punyalah.


Jalan kecik macam nie memang tak boleh nak laju. Slow-slow sudah. Tiba-tiba adik aku berhenti. Bukan slow lagi. Berhenti sebab tengah fikir, nak terus jalan ke tidak. Tahu kenapa? Entah manalah hamba Allah yang pakai kereta besar lagi mewah, park kereta di sisi tebing jalan then terambil side yang lebih. Bukan nak parking elok-elok. Kereta dia dahlah tak park rapat ke kiri. Dia siap lipat cermin sisi. Bajet kereta dia macam kancil Perodua. Sedangkan pakai HONDA. Besar gedak saiz kereta kau tu. Terhenjut-henjutlah kami nak lalu sebelah kereta dia.


Aku ingat takde orang dalam kereta, alih-alih driver dan penumpang sebelah bertukun dalam kereta tanpa bersalah. Sah-sah kau boleh perasan ada kereta nak lalukan sebelah kau. Dan muat-muat sahaja kereta adik aku. Sikit lagi nak bergesel. Aku tahu driver dan si penumpang tu memang perasaan, masa kereta aku bersebelahan dengan dia, kami berdua siap pandang. Hoh! kereta memang hebat. Jenama luar negara. Besar pulak tu. Tapi akal kau sempit. Bajet bagus!


Terpaksalah adik aku memandu dengan penuh tertib. Aku yang kat sebelah nie terus bersuara, "kalau bawa lori tadi memang dah gesel dah!".


Lepas sahaja dari kereta Honda Kelabu dengan driver tak cukup akal tu, terus adik aku bersuara, "kereta besar, otak kecil!".




Dan aku sambung plak ...."akal sempit!"




Memang sah driver kereta mewah tu, "pakai aje kereta besar, tapi otak kecil ... akal sempit!".




Geram sungguh aku. Sah-sah itu  bukan tempat parking. Kalau nak park juga, elok-eloklah. Kalau pakai jer kereta mewah, tapi akal sempt macam longkang belakang restoran ... baik kau pakai kereta sorong! Sure takda sapa marah kau.




Pesanan aku, kalau nak park kereta jangan sampai menyusahkan orang. Kalau malas sangat nak park jauh-jauh, lain kali datang bawa basikal. Boleh park depan kedai terus ... mungkin takda sapa nak marah. Ada faham???





Untuk sejukkan keadaan, kami memecut ke ICE ROOM!










CK : Manusia berlagak kalau diri memang mewah, hampeh je!

Kadang-Kadang Tak Faham Di Buatnya!

Assalamualaikum ...


Aku tak suka call orang berkali-kali tapi tak nak jawab. Bila tanya alasan tak munasabah. Hormat orang yang call kita terutama bila naik nombor yang dikenali. Sedih juga kadang-kadang!! Apa perasaan kalau orang buat kita dengan sikap yang sama, dan masa tu kita perlukan pertolongan .... tak menyesal??




Aku call tak jawab ...

Aku redail! 

Tak jawab jugak.


Aku sms, "kalau bangun datang office, ada kat office sekarang!"

Belum cukup 2 minit pun ...

Sms masuk, "sapa ada kat office!"


Macam manalah aku nak faham perangai pelik nie! Aku call tak jawab, sms boleh reply. Bila aku tanya nanti mesti dia jawab, "bunyi telefon tu sayup sangat, malas nak bangun!".


Adeeeh ... ini macam punya orang pun ada. Bernasib baik aku tengah train diri sendiri untuk tidak bebel berbakul -bakul sejak 1 1/2 tahun lepas. he he he. Siapa yang rapat dengan aku pasti tahu, aku tak suka nak membebel dan menasihati orang lain lagi. Dengan sebab! Tapi ... jangan sampai aku mula menegur, sakitlah .... TELINGA!



Nasib baiklah, aku bukan yang dulu-dulu. ngeh ngeh ....





CK: Pelik dengan orang office aku.

BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum ...



Salam 1Malaysia dan Selamat Hari Deepavali!


Segmen Ben sempena Deepavali ... [KLIK]





Blog aku simple. Mungkin humble jugak macam tuan dia. Mungkinlah. Aku pun ada keinginan nak jadikan blog aku ni extra ordinary macam blog-blog yang lain yang super duper extra ordinary. Ini memang impian aku dalam dunia blog. Aku wujudkan blog kedaung ini sebab minat aku menulis. Dulu aku tulis diary, sekarang ada blog, aku tak perlu simpan diary secara hardcopy! Penuh almari aku dengan diary kang. Dengan blog, boleh share macam-macam dengan pembaca! Itu yang aku suka. Sharing is loving kot.



Idola aku dalam dunia belog .... adalah mereka! 



[aku teruja setiap kali membaca hasil tulis dia. cukup jujur. terpancar keikhlasan menulis]


[pendapat dia memang buat aku fikir berkali-kali. aku suka cara dia yang menulis dengan berani dari hati]







done!!




CK : Breakfast roti lapis daging lagi.


Paling Lama Bertahan!

Assalamualaikum ...



Sesekali cerita pasal Nuffnang syiok juga. Kiranya dari mula aku aktif berbelog, aku memang setia dengan Nuffnang. Malas nak tukar pengiklanan yang lain. Sebab niat aku berbelog dan terus menulis pun kerana minat dan nak mengisi masa lapang. Jadi income dari belog adalah sampingan. Kadang-kadang aku terfikir untuk terus serius menulis belog. Rajin update. Beri informasi terkini. Malangnya masa terlalu cemburu dengan aku. Eh! alasan tak boleh blah ... hendak seribu daya ye tak??


Belog aku nie lebih kepada diri sendiri. Pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri. Lebih kepada luahan perasaan. Lebih kepada berkongsi pengalaman. Aku amat-amat jarang nak update pasal artis. Kalau ada pun kira nasib. Mungkin aku tak berapa minat sangat melayani dunia artis kot. Zaman dah beralih arah. Kalau zaman-zaman aku up dulu aku kenal belog, mungkinlah kot banyak cerita artis bagai.



Sejak aku setia dengan Nuffnang, belum sekali pun aku cash out duit yang ada. Aku join Nuffnang pun belum sampai setahun. Beberapa bulan entah. Tapi yang pasti lebih 6 bulan. Ada juga income. Tunggu Disember nie baru aku beriya nak cash out. Sekarang nie pun BE yang ada cuma satu. BE dari Maxis Football Hot Ticket paling lama bertahan kat belog kedaung aku nie. Ada kot dekat 2 bulan cenggitu. Lama giler. Terima kasihlah Maxis ye!



BE yang paling sekejap menapak kat belog aku, Unilever Magnum Royal Treatment. Adalah dekat seminggu. Kemudian dah jadi ME. Sekejap sangat aih! Earning pun hanya RM1+++. He he he. Jadilahkan .... boleh buat beli aiskrim pop! Walaupun earning tak seberapa, akan aku terus setia. Harap-harap macam itulahkan!


Ada juga yang tanya kenapa aku tak tukar kepada pengiklan lain kat belog nie? Kenapa? Setakat ini Nuffnang masih iktiraf aku sebagai anak emasnya. Geli geli gitu! Tapi pernah juga aku jadi anak gangsa. Aku buat dek je, masih malas nak tukar pengiklan. Bila aku tahu mistake aku dan diperbetulkan, terus Nuffnang kembalikan status glitterati tu. Thanks ya Nuffnang! Sangat hargai.


Earning dari Nuffnang boleh tahan juga hebatnya! Tapi tidaklah sehebat Redmummy ya. Jadi kesetiaan itu mungkin ganjarannya, aku dapat adalah BE hampir setiap bulan! Pernah sekali sebulan tak ada BE, tup-tup bulan depan tu aku dapat 4 BE sekaligus! Sukanye .... ngeh ngeh



Harap aku terus setia, tapi yang paling penting AKU HARAP AKU AKAN TERUS MAMPU MENULIS DAN MENULIS. Itu yang paling penting. Sampai bila? Aku sendiri tak pasti ...




CK : Cerita pasal BE, dulu aku memang tak cerdik langsung. Sana sini aku google! Dunia blog nie buat aku terjah sana sini cari ilmu.

Tuesday, October 25, 2011

Kerana Dia, Saya Tak Kahwin Sampai Hari Ini!

Assalamualaikum ...



Ahad malam, selepas aku siapkan karipap-karipap cinta ...


Tunggu dia balik dari kampung. Datang jemput aku di rumah untuk minum malam. Janji nak balik petang, malam pergi jalan-jalan. Tapi dia ada majlis tahlil, jiran belakang rumah. Hampir 11 malam baru sampai Putrajaya. Mata aku belum mengantuk. Masih layan tv dan blogwalking! Gigih ...




Mesej masuk di handphone aku.


"Mengantuk tak? Nak pergi minum tak?". Dia sms aku

Aku balas, "Tak mengantuk, bolehlah!".

"Dah kat bawah, turun sekarang!". Rupanya dia dah siap sedia tunggu!

Aku menekan keypad, "Okeh .. sekarang gerak!".



11:30 malam. Masih terkial-kial cari lokasi untuk minum. Dalam perjalanan. Tentunya masih dalam kereta. On radio. Dia suka layan Negeri.FM. DJ menerima panggilan, dan ...


Terus ...


DJ berborak dengan si pemanggil seorang wanita, juga seorang yang bekerjaya : DOKTOR!


"Nak minta lagu apa?"

"Saya nak minta lagu ... nyanyian Dadali!". Hujungnya kata-kata ada esakan!

"Mungkin ada kenangan di sebalik lagu ini. Lagu DI SAAT AKU MENCINTAIMU, mungkin ada kenangan buat anda?".

"Ada ...". Suara sayup-sayup ... dan tersekat-sekat seakan menangis!

Sambung kata-kata, "Kerana dialah saya tak kahwin sampai hari ini. Kerana dialah  pintu hati saya tertutup untuk cinta lain".




Terdiam aku. Tapi aku senyum-senyum pandang driver sebelah aku. Tak terkata dia. Aku kuatkan volume. Dia tidak komen apa-apa. Cuma diam sambil tangan perlahan menuju ke punat volume untuk perlahankan. Terus tukar topik.



"Kita ke mamak terowong ajelah!".




Ada perkara yang bersarang di kepala aku bila diucapkan sedemikian oleh seorang wanita, betapa SETIANYA dia pada cinta!





CK : Hargailah insan yang menghargai dan menyayangi diri kita. Hargai dan sayangi semasa dia ada bersama kita. Bukan semasa dia tiada, kita mengenang sejuta kebaikan dalam dirinya. Rugi! Aku belajar banyak perkara dari pengalaman lepas. Terluka akibat kesilapan lampau orang lain. Aku redha. Aku berpegang  kepada rezeki, jodoh dan ajal ditentukan Allah. Ketentuan Allah dalam hidup seorang hamba itu yang terbaik diberi olehNya. Kerana DIA tahu kita mampu menanggung, dan kerana itu DIA memberikan seseorang hamba itu ujian.

Kita boleh tersenyum tatkala hati terluka. Kita boleh menangis di kala orang lain gembira. Tapi kita jangan lupa, ujian Allah itu bukan selamanya. 

Jika Allah sudah tentukan sesuatu itu untuk seseorang hamba, tiada satu tangan pun akan dapat menghalangnya dan ia pasti akan dimiliki. Tetapi, jika sesuatu itu bukan ditentukan buat seseorang hamba, walau seribu tangan membantu, tetap jua tidak akan dimiliki!


Jodoh, ada masanya kita perlu berehat untuk mencari ... tapi jika sudah ditentukan pasti Dia akan memberi. Tepat pada masa, betul pada cara dan kena pada orangnya. Percayalah!


Aku suka lagu Dadali, Di Saaat Aku Mencintaimu ------> aku pernah ulang, ulang, ulang .... dan ulang. Takda rasa jemu walau sedikit!

Resepi : Roti Lapis Daging Berkeju

Assalamualaikum ...



Resepi roti lapis daging berkeju nie aku cedok dari Kak Nor Secubit Garam. Terima kasih kak share resepi tu. Sedap! Dah lama sangat nak try. Resepi siap print dan simpan sekian lama. Mungkin belum sampai masa nak mencuba. Bila mak ayah aku datang ke Putrajaya seminggu lepas, baru aku gigih cuba. Untuk buat breakfast dan bekal aku pergi kerja. Hari-hari makan nasi goreng pun tak best juga.


Cara buat roti lapis daging berkeju ini amatlah senang. Janji rajinkan diri sikit. Itu aje yang perlu pun. Aku punya style, kalau cukup bahan ... jalan! Tak pun bahan-bahan hampir cukup pun boleh jadi. Setakat kurang sedikit tak mencacat sangat kot! Kak Nor buat resepi nie 3 lapis aku rasa, dan lapisan atas adalah roti, tapi aku buat 2 lapis je sebab nak cepat pergi kerja. Lambat membakar kang tak dapat bawa bekal. Jom jenguk resepi, cerita panjang tak guna kalau takda bukti. 



ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Sumber : Kak Nor @ Secubit Garam
Resepi : Cik Kamoo 

Bahan :
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan) (*aku guna daging burger Ramly)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam (*yang ini aku tak letak sebab tak ada)
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus (*ini pun tak letak juga)
Mix vege (*aku tambah sendiri)
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak

 
12kpg roti
3 biji telur
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris
8 kpg slice chee
cheddar cheese ~ diparut

Cara:

Utk membuat inti

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam. Goreng hingga wangi dan masukkan air. Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul. Masukkan daun limau purut dan cili merah. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa. Goreng hingga kering dan padamkan api. Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.

Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:

Ini yang aku buat, tapi aku sarankan korang ke blog Kak Nor untuk lihat yang lebih detail

Dah hampir siap. Tunggu masa untuk dibakar



Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.

Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati. Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun di dlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.

Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan. Tabur dgn daun saderi ke atas daging tadi. Susun slice cheese ke atasnya. Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.

 
Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese. Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika. Potong dan hidangkan dgn sos cili.

Dah siap dibakar. Siap sedia untuk dimakan.


Resepi ini sesuai untuk minum petang sebenarnya. Barulah ummmph. Letak keju lebih, memang sedap! Masa tengah bakar, bau dia semerbak. Kalau korang rajin silalah cuba ya. Anak-anak mesti suka. 





CK : Projek buat pizza pulak lepas nie. Tunggu mood